MEMBELI-BELAH?



   MEMBELI-BELAH? Sudah pasti ramai yang sudah mengetahui maksud di sebalik membeli-belah itu bukan? Adakah anda tergolong dalam kalangan manusia yang kaki berbelanja? Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang memiliki hobi tersebut terutamanya kaum hawa. Bukan setakat wanita sahaja bahkan lelaki-lelaki di luar sana juga mempunyai minat yang sama. Apabila kita berbelanja, sudah pasti komoditi yang digunakan adalah wang. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pembaziran jika seseorang individu itu kerap berbelanja.

  Membeli barang kehendak seperti pakaian, eksesori, alat solek dan macam-macam lagi bukan sahaja dapat dibeli di pasaraya bahkan pengguna juga dapat membuat tempahan secara 'online'. Dengan cara ini, pengguna dapat menggabung masa antara berbelanja dengan bekerja, bak kata pepatah "Sambil menyelam minum air". Bagi mengelak berlakunya pembaziran, kita sewajarnya mengurangkan aktiviti membeli-belah.
KAMU SUKA? KLIK LA BUTANG LIKE :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan