BAGAIMANA CARA UNTUK BERJIMAT?


   Tahukah anda bahawa apabila anda membeli-belah, alat yang semakin berkurang adalah wang? Ramai yang tidak menyedari bahawa wang simpanan di dalam dompet mereka semakin berkurang ketika mereka membeli-belah. Hal ini kerana mereka sangat teruja ataupun 'rambang mata' ketika melakukan aktiviti ini. Oleh kerana itu, mereka mengambil langkah tidak mempedulikan keadaan dompet mereka yang semakin menipis itu.

   BAGAIMANA CARA UNTUK BERJIMAT? Ya, terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk berjimat-cermat. Antaranya adalah

1. PENANAMAN

   

  Salah satu langkah yang boleh pengguna lakukan bagi menjimatkan wang mereka adalah dengan cara melakukan penanaman. Dengan melakukan aktiviti ini, bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah dapat memberi faedah kepada diri sendri iaitu dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita melakukan aktiviti berkebun, segala toksik yang tidak diperlukan di dalam badan manusia akan tersingkir dan ini dapat mengelakkan tubuh badan kita daripada diserang oleh sebarang penyakit.





KAMU SUKA? KLIK LA BUTANG LIKE :)

MEMBELI-BELAH?



   MEMBELI-BELAH? Sudah pasti ramai yang sudah mengetahui maksud di sebalik membeli-belah itu bukan? Adakah anda tergolong dalam kalangan manusia yang kaki berbelanja? Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang memiliki hobi tersebut terutamanya kaum hawa. Bukan setakat wanita sahaja bahkan lelaki-lelaki di luar sana juga mempunyai minat yang sama. Apabila kita berbelanja, sudah pasti komoditi yang digunakan adalah wang. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pembaziran jika seseorang individu itu kerap berbelanja.

  Membeli barang kehendak seperti pakaian, eksesori, alat solek dan macam-macam lagi bukan sahaja dapat dibeli di pasaraya bahkan pengguna juga dapat membuat tempahan secara 'online'. Dengan cara ini, pengguna dapat menggabung masa antara berbelanja dengan bekerja, bak kata pepatah "Sambil menyelam minum air". Bagi mengelak berlakunya pembaziran, kita sewajarnya mengurangkan aktiviti membeli-belah.
KAMU SUKA? KLIK LA BUTANG LIKE :)